MyLifE

Wednesday, January 19, 2011

PeRMatA HaTi

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yang haram.

3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin…

Riak #2

Sesiapa yang mengerjakan amalan akhirat untuk menafaat dunia, maka di akhirat nanti tidak ada langsung bahagian baginya.

(Hadith riwayat Ubay bin Ka’ab r.a)

Syarat masuk syurga (buat sang isteri)

Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila seorang isteri solat fardhu yang lima, puasa sebulan ramadhan, menjaga kemaluannya, taat kepada suaminya, maka dia masuk syurga.

(Hadith Riwayat Muslim)

Menghindari syaitan

Jika hati penuh dengan iman, dihiasi dengan taqwa, dan dipelihara dengan zikir, maka syaitan tidak akan berkuasa atasnya dan tidak punya jalan untuk masuk ke dalam hatinya.

DITERBITKAN DALAM: ON JUN 7, 2010 AT 4:16 PM KOMENTAR (5)
TAGS: , , , , , , , , ,

4 perkara – hanya dengan redha Allah

Empat perkara yang tidak dapat diraih kecuali dengan keredhaan Allah s.w.t:

  1. Banyak bersikap diam
  2. Merendahkan hati (tawadhu’)
  3. Banyak berzikir kepada Allah
  4. Kesederhanaan dalam segala hal.

Nasihat sepanjang zaman

Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.

Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.

Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusanNya (qadha’Nya)

Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.

Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.

Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.

Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.

Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.

Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.

Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.

Doa untuk bakal Haji

Jika saudara-mara dan rakan-rakan anda akan berangkat menunaikan haji, mintalah agar dia mendoakan anda, dan ucapkanlah doa untuknya sesuai doa Rasulullah s.a.w: “Semoga Allah menerima hajimu, mengampuni dosamu, dan mengganti biaya-biaya hajimu”.

No comments:

Post a Comment